Ringkasan Artikel

  • Postpartum Depression (PPD) atau kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi klinikal yang berlaku dalam tempoh setahun selepas kelahiran.
  • Berpunca daripada penurunan hormon estrogen dan progesteron secara mendadak, tekanan fizikal, serta kurangnya sistem sokongan sosial.
  • Sering dianggap sebagai baby blues biasa, menyebabkan ramai ibu menderita dalam diam tanpa bantuan profesional.
  • SGabungan terapi kaunseling, sokongan keluarga, dan sekiranya perlu, rawatan farmakoterapi yang selamat untuk ibu menyusu.
  • Anda tidak perlu melaluinya sendirian. Dapatkan konsultasi kesihatan mental maternal di Klinik Ayra hari ini.

Menjadi seorang ibu adalah fasa transisi terbesar dalam hidup seorang wanita. Namun, di sebalik kegembiraan menimang cahaya mata, terdapat realiti gelap yang sering disembunyikan. Data menunjukkan kes postpartum depression di malaysia semakin meningkat, dan ini bukan sekadar isu “kurang iman” atau “manja”, tetapi merupakan keadaan perubatan yang memerlukan perhatian serius.

postpartum depression di malaysia semakin meningkat

Apa Itu Postpartum Depression (PPD)?

Secara klinikal, PPD adalah sebahagian daripada Perinatal Mood and Anxiety Disorders (PMADs). Berbeza dengan baby blues yang biasanya hilang dalam masa dua minggu, PPD adalah gangguan mood yang lebih berat, berpanjangan, dan boleh menjejaskan keupayaan ibu untuk menjaga diri sendiri serta bayi. Mengikut kriteria DSM-5, ia melibatkan perasaan sedih yang melampau, kelesuan, dan kehilangan minat dalam aktiviti harian.

Trend di Malaysia 

Laporan kesihatan mendapati kadar postpartum depression di malaysia semakin meningkat, dengan statistik menunjukkan sekitar 14% hingga 20% ibu di Malaysia mengalami simptom kemurungan selepas bersalin. Peningkatan ini dipengaruhi oleh faktor urbanisasi, tekanan kos sara hidup, dan ketiadaan sistem sokongan tradisional (seperti amalan berpantang yang dibantu keluarga besar) yang semakin terhakis dalam masyarakat moden.

Apa Yang Berlaku Pada Badan Ibu?

Selepas plasenta dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu jatuh merudum ke tahap sebelum hamil dalam masa 24 jam sahaja.

  1. Ketidakseimbangan Neurokimia: Penurunan drastik ini memberi kesan langsung kepada neurotransmitter di otak seperti serotonin (hormon gembira).
  2. Paksi HPA: Gangguan pada paksi Hypothalamic-Pituitary-Adrenal (HPA) menyebabkan ibu menjadi sangat sensitif terhadap stres.
  3. Kekurangan Tidur: Gangguan ritma sirkadian akibat menjaga bayi memburukkan lagi fungsi kognitif dan emosi.

Faktor Risiko

  • Sejarah peribadi atau keluarga yang mempunyai masalah kemurungan/anxiety.
  • Komplikasi semasa kehamilan atau kelahiran (contoh: kelahiran pramatang/NICU).
  • Masalah penyusuan susu ibu yang mencetuskan rasa rendah diri.
  • Isu kewangan atau ketidaktentuan kerjaya pasca-bersalin.
  • Kehamilan yang tidak dirancang atau kurang sokongan daripada pasangan.

Bagaimana Ia Dikesan?

Pakar perubatan menggunakan alat saringan khusus untuk mengesan PPD. Di Klinik Ayra, kami merujuk kepada:

  • Edinburgh Postnatal Depression Scale (EPDS): Borang soal selidik 10 soalan untuk menilai tahap emosi ibu dalam masa 7 hari terakhir.
  • PHQ-9: Untuk menilai keterukan simptom kemurungan.
  • Ujian Tiroid: Kadangkala, simptom PPD menyerupai masalah tiroid (postpartum thyroiditis), jadi ujian darah mungkin dilakukan untuk membezakan kedua-duanya.

postpartum depression di malaysia semakin meningkat

Mitos vs Realiti

Mitos Realiti
PPD bermakna ibu tidak sayangkan anak. Salah. Ibu PPD sangat sayangkan anak, tetapi penyakit ini menghalang mereka merasai “bonding” tersebut.
Hanya ibu yang pertama kali bersalin terkena PPD. Salah. Ia boleh berlaku pada kelahiran ke-2, ke-3, atau bila-bila masa walaupun sebelum ini tiada masalah.
Amalan berpantang tradisional boleh cegah PPD sepenuhnya. Tidak semestinya. Walaupun membantu, PPD melibatkan perubahan kimia otak yang kadangkala memerlukan rawatan medikal.

Rawatan Postpartum Depression

Kami mengikut protokol KKM dan ACOG dalam menguruskan kesihatan mental ibu:

  • Psikoedukasi: Memberi kefahaman kepada suami dan keluarga tentang cara menyokong emosi ibu.
  • Intervensi Non-Farmakologi: Rujukan kepada ahli psikologi untuk Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT).
  • Pengurusan Medikasi: Jika perlu, penggunaan anti-kemurungan yang breastfeeding-friendly di bawah pengawasan doktor.
  • Support Group: Menghubungkan ibu-ibu di Klinik Ayra untuk berkongsi pengalaman. Ketahui lebih lanjut tentang penjagaan selepas bersalin.

Realiti Postpartum Depression di Malaysia

“Di Klinik Ayra, kami melihat peningkatan kes ibu yang hadir dengan simptom kemurungan selepas bersalin. Ramai yang keliru antara baby blues yang bersifat sementara dengan PPD yang memerlukan intervensi pakar.

Apa yang membimbangkan, PPD bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup si ibu, tetapi juga proses ‘bonding’ dengan bayi dan kesihatan jangka panjang anak. Kami menekankan pendekatan ‘Medical & Emotional Support’, di mana rawatan bukan sekadar ubat-ubatan, tetapi penyediaan sistem sokongan yang selamat untuk ibu kembali pulih.” Dr Nurainie binti Sayuti (Klinik Ayra, Serdang)

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

postpartum depression di malaysia semakin meningkat

  • Perasaan sedih atau kosong berlarutan lebih 2 minggu.
  • Mula rasa sukar untuk menguruskan keperluan asas bayi.
  • Mempunyai fikiran untuk mencederakan diri sendiri atau bayi.
  • Rasa cemas (anxiety) yang melampau sehingga tidak boleh tidur walaupun bayi sedang tidur.

FAQ

Bolehkah saya ambil ubat kemurungan jika saya menyusukan bayi?

Ya. Terdapat kategori ubat (seperti SSRI tertentu) yang mempunyai kadar rembesan sangat rendah dalam susu ibu dan dianggap selamat oleh guideline KKM dan ACOG. Pakar kami akan berbincang tentang pilihan terbaik untuk anda.

Suami saya nampak macam tertekan juga, adakah lelaki boleh kena PPD?

Betul. Fenomena ini dipanggil Paternal Postpartum Depression. Di Malaysia, sekitar 1 dalam 10 bapa boleh mengalami simptom kemurungan selepas kelahiran anak akibat tekanan tanggungjawab baru dan kurang tidur.

Adakah PPD akan hilang dengan sendiri kalau saya biarkan?

Tanpa rawatan, PPD boleh berlarutan berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Ini boleh menjejaskan perkembangan emosi anak dan hubungan suami isteri. Rawatan awal mempercepatkan proses penyembuhan secara drastik.

Anak saya sudah berumur 2 tahun tapi saya masih merasa sedih dan kosong. Adakah ini masih dianggap sebagai Postpartum Depression?

Secara klinikal, ia biasanya tidak lagi diklasifikasikan sebagai PPD. Postpartum Depression (PPD) biasanya didiagnosis dalam tempoh 12 bulan pertama selepas bersalin. Namun, ia mungkin tanda kemurungan klinikal yang berpanjangan. 

Jika simptom berlarutan lebih lama tanpa rawatan, ia mungkin dikategorikan sebagai Major Depressive Disorder (kemurungan klinikal). Walau apa pun namanya, perasaan tersebut tetap serius dan wajar dinilai oleh doktor. Jangan tangguh untuk dapatkan bantuan profesional.

Rambut saya gugur terlalu banyak sampai nampak botak, adakah ini tanda saya kena Postpartum Depression?

Rambut gugur selepas bersalin adalah normal, tetapi ia boleh menjadi “trigger” atau tanda sampingan PPD.

  • Faktor Hormon (Postpartum Alopecia): Secara perubatan, keguguran rambut yang banyak (biasanya 3-4 bulan lepas bersalin) dipanggil Telogen Effluvium. Ia berlaku sebab tahap estrogen jatuh mendadak. Ini adalah proses fisiologi normal, bukan simptom mental.
  • Kaitan dengan PPD: Walaupun keguguran rambut itu normal, ia boleh menjejaskan keyakinan diri (self-esteem) ibu. Ramai ibu rasa stres dan sedih bila tengok rambut segenggam di bilik mandi, dan stres melampau ini boleh memburukkan lagi simptom PPD.
  • Kekurangan Nutrisi: Ibu yang mengalami PPD sering hilang selera makan. Bila kurang zat (seperti zat besi dan zink), keguguran rambut jadi lebih teruk dan proses pemulihan emosi pula jadi lebih lambat.
  • Bila Perlu Risau? Kalau rambut gugur disertai dengan rasa sedih yang melampau, tak boleh tidur, dan rasa putus asa, itu tandanya anda perlu pemeriksaan emosi (PPD) sekali dengan pemeriksaan fizikal.

Konsultasi Postpartum Depression di Malaysia

Kenyataan bahawa postpartum depression di malaysia semakin meningkat adalah satu seruan untuk kita lebih peka. Ibu yang sihat mentalnya adalah tunjang kepada keluarga yang bahagia. Jika anda atau pasangan menunjukkan tanda-tanda kemurungan, jangan ragu-ragu untuk mencari bantuan profesional. Di Klinik Ayra, kami menyediakan ruang selamat untuk anda pulih dan kembali menikmati momen indah bersama si kecil.

Rujukan :

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Clinical Practice Guidelines: Management of Major Depressive Disorder (Second Edition), 04-September-2020. Akses : (https://mymahtas2.moh.gov.my/files/CPG_Management_of_MDD_(Second_Edition)_04092020%20(6).pdf)
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Infografik Kesihatan Ibu: Kemurungan Postnatal, 2022. Akses : (https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/2.Unit_Pendidikan_Kesihatan/2.PDF/6.Infografik_Kesihatan_Ibu/2Kemurungan_Postnatal.pdf)
  3. Hello Doktor, Meroyan Selepas Bersalin: Berapa Lama Tempoh Yang Dikatakan Normal?, 13-September-2023. Akses : (https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lepas-bersalin/meroyan-selepas-bersalin-tempoh-normal/)
  4. DOSM, Vital Statistics Malaysia 2023, Oktober 2023. Akses : (https://storage.dosm.gov.my/demography/vitalstatistics_2023.pdf)
  5. Institut Kesihatan Umum (IKU), Postnatal Depression, 2022. Akses : (https://iku.nih.gov.my/images/teknikal-report/report-aspire.pdf)

 

Disclaimer : 

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh : 

Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad 

Doctor of Medicine (MD), University Putra Malaysia

Wakil Malaysia untuk Asian Society of Fertility Preservation

Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad adalah doktor pakar kesuburan berdaftar dan sah dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dengan nombor pendaftaran penuh (No. 48056)

postpartum depression di malaysia semakin meningkat