Ringkasan Artikel
- Bantut (stunting) adalah kegagalan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akibat malnutrisi kronik, jangkitan berulang dan stimulasi psikososial yang tidak mencukupi.
- Diet yang rendah mikronutrien penting menghalang pembahagian sel tulang dan perkembangan kognitif yang optimum.
- 1 daripada 5 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun di Malaysia mengalami bantut, menjadikannya krisis kesihatan awam yang serius.
- Intervensi awal dalam 1,000 hari pertama kehidupan melalui diet seimbang (protein tinggi, zink, zat besi) dan pemantauan graf pertumbuhan secara berkala.
- Jangan tunggu sehingga terlambat. Pastikan tahap pertumbuhan anak anda selari dengan usia. Dapatkan konsultasi pakar kanak-kanak di Klinik Ayra hari ini.
Isu pertumbuhan kanak-kanak kini menjadi perbincangan hangat di meja makan rakyat Malaysia. Bukan sekadar soal ketinggian fizikal, trend kanak-kanak di Malaysia semakin bantut mencerminkan kualiti pemakanan dan masa depan generasi kita. Di Klinik Ayra, kami percaya kesedaran awal adalah kunci untuk mengubah statistik ini demi masa depan anak-anak yang lebih cerah.

Apa Itu Bantut secara Klinikal?
Secara klinikal, bantut atau stunting ditakrifkan sebagai nisbah “Tinggi-mengikut-Umur” (Height-for-Age) yang berada di bawah negatif dua sisihan piawai (-2 SD) daripada Median Piawaian Pertumbuhan Kanak-kanak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia bukan sekadar “anak pendek”, tetapi merupakan petanda chronic malnutrition (malnutrisi kronik) yang telah berlaku dalam tempoh yang lama, menjejaskan bukan sahaja fizikal tetapi juga fungsi metabolik dan perkembangan otak.
Data Kanak-Kanak di Malaysia Semakin Bantut
Statistik di Malaysia menunjukkan situasi sebenar trend kanak-kanak di malaysia semakin bantut yang membimbangkan melangkaui status ekonomi:
- Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 dan 2022, prevalens bantut dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun meningkat kepada 21.8%.
- Ini bermakna Malaysia mempunyai kadar bantut yang lebih tinggi berbanding beberapa negara berpendapatan sederhana rendah yang lain.
- Isu ini tidak hanya menyerang kumpulan B40; data menunjukkan trend peningkatan bantut juga berlaku dalam kalangan keluarga M40 dan T20 akibat kurangnya penekanan terhadap kualiti nutrisi (bukan kuantiti makanan).
Bagaimana Diet Pemakanan Faktor Anak Bantut?

Pertumbuhan tulang panjang (long bones) memerlukan bekalan nutrien yang konsisten untuk merangsang plat pertumbuhan (epiphyseal plates).
- Kekurangan Protein & IGF-1: Diet rendah protein haiwan mengurangkan tahap Insulin-like Growth Factor-1 (IGF-1), hormon utama yang merangsang pertumbuhan tulang.
- Epigenetik: Malnutrisi semasa fasa janin dan bayi mengubah ekspresi genetik yang mengawal metabolisme, menyebabkan badan “berhenti” membesar untuk menjimatkan tenaga bagi organ vital (otak dan jantung).
- Kitaran Jangkitan: Diet buruk melemahkan imuniti. Anak yang sering cirit-birit atau jangkitan paru-paru akan kehilangan nutrien, membantutkan proses pemulihan dan tumbesaran serentak.
Faktor Risiko

- Amalan Penyusuan yang Lemah: Tidak mendapat susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama.
- Makanan Pelengkap Tidak Seimbang: Memulakan makanan pejal (6 bulan ke atas) dengan hanya bubur kosong atau makanan diproses tanpa sumber protein dan lemak sihat.
- Ketidaksamaan Nutrisi (Hidden Hunger): Anak nampak kenyang, tapi kekurangan zat besi, zink, kalsium, dan Vitamin D.
- Isu Kesihatan Ibu: Ibu yang mengalami anemia atau kurang zat semasa hamil cenderung melahirkan bayi dengan risiko bantut yang tinggi.
Cara Kenal Pasti Anak Bantut
Pakar klinikal menggunakan kaedah berikut:
- Antropometri: Pengukuran tepat tinggi/panjang dan berat badan menggunakan alat medik yang dikalibrasi.
- Plotting Graf Pertumbuhan: Menggunakan Buku Rekod Kesihatan KKM untuk melihat trend pertumbuhan. Jika graf mendatar atau menurun, ia adalah red flag.
- Ujian Darah: Menilai tahap hemoglobin dan mikronutrien jika perlu.
- Penilaian Dietetik: Meneliti sejarah pengambilan makanan harian anak.
Mitos vs Realiti
| Mitos | Realiti |
| Anak pendek sebab mak ayah pendek (Genetik). | Genetik hanya menyumbang sebahagian kecil. Nutrisi dalam 1,000 hari pertama jauh lebih dominan. |
| Asalkan anak aktif dan makan banyak, dia sihat. | Aktif bukan bermakna cukup zat. Anak yang makan banyak karbohidrat (nasi/mi) tapi kurang protein tetap berisiko bantut. |
| Bantut boleh dirawat bila-bila masa. | Selepas usia 2 tahun, peluang untuk “catch-up growth” menjadi semakin sukar dan impak pada otak sukar diubah. |
Kaedah Mencegah Masalah Bantut
Kami mengamalkan pendekatan integratif selaras dengan garis panduan KKM:
- Intervensi 1,000 Hari Pertama: Pendidikan nutrisi untuk ibu hamil dan pengurusan penyusuan.
- Terapi Dietetik Spesifik: Merangka pelan makanan tinggi protein biologi tinggi (telur, daging, ikan) dan mikronutrien zink untuk merangsang sel pertumbuhan.
- Pemantauan Berkala: Saringan Pertumbuhan Kanak-kanak Ayra untuk memastikan anak mencapai potensi genetik mereka.
- Rawatan Penyakit Dasar: Merawat isu penghadaman atau alergi yang mungkin menghalang penyerapan nutrien.
Realiti Kanak-Kanak Bantut di Malaysia
“Sebagai doktor yang merawat ibu dan anak, saya melihat isu kanak-kanak di Malaysia semakin bantut ini sebagai satu ‘krisis senyap’ yang amat membimbangkan. Ramai ibu bapa di Malaysia masih keliru dan menganggap bantut itu hanyalah faktor ‘baka’ atau genetik yang tidak boleh diubah.
Bantut bukan sekadar isu fizikal atau pendek. Apabila tumbesaran fizikal terbantut akibat malnutrisi, perkembangan otak juga terjejas. Kanak-kanak yang bantut secara klinikalnya berisiko mempunyai IQ yang lebih rendah dan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes apabila dewasa nanti. Isu kita bukan anak-anak tak makan, tetapi anak-anak makan makanan yang salah (hidden hunger). Kita perlu beralih daripada sekadar ‘anak kenyang’ kepada ‘anak bernutrisi’ dengan memantau carta pertumbuhan secara serius.” Dr Nurainie binti Sayuti (Klinik Ayra, Serdang)
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Segera dapatkan nasihat pakar sekiranya:
- Tinggi anak tidak bertambah dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.
- Anak nampak jauh lebih rendah berbanding rakan sebaya yang sama jantina dan umur.
- Anak mempunyai masalah memilih makan (picky eater) yang ekstrem.
- Baju atau seluar anak masih muat dalam tempoh masa yang terlalu lama (setahun ke atas).
FAQ
1. Adakah susu formula tinggi kalsium boleh merawat bantut?
Kalsium penting, tetapi protein haiwan dan mikronutrien lain seperti zink dan zat besi jauh lebih kritikal untuk pertumbuhan tulang. Susu hanyalah pelengkap; diet harian yang seimbang adalah kunci utama.
2. Betul ke punca kanak-kanak di malaysia semakin bantut sebab kurang aktiviti outdoor dan banyak main gajet?
Secara langsung, gajet bukan punca utama bantut, tetapi ia adalah faktor penyumbang secara tidak langsung. Bantut berpunca daripada kekurangan nutrisi kronik (diet). Walau bagaimanapun, penggunaan gajet yang berlebihan biasanya menyebabkan kanak-kanak menjadi “sedentary” (kurang bergerak). Apabila kurang aktiviti outdoor, mereka kurang terdedah kepada cahaya matahari yang merupakan sumber utama Vitamin D, nutrien kritikal untuk penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang.
Selain itu, kanak-kanak yang terlalu asyik dengan gajet cenderung untuk:
- Mengabaikan waktu makan atau makan secara tidak teratur.
- Mengalami gangguan tidur, di mana hormon pertumbuhan (Growth Hormone) paling aktif dirembeskan semasa tidur nyenyak.
- Kurang selera makan kerana kurang tenaga yang dibakar melalui aktiviti fizikal.
3. Bolehkan bantut dipulihkan selepas usia 5 tahun?
Sangat mencabar. Pertumbuhan paling pesat berlaku sebelum usia 2 tahun. Selepas 5 tahun, intervensi masih boleh dilakukan tetapi hasilnya tidak seefektif semasa fasa awal kehidupan.
4. “Anak saya makan ‘real food’, nasi setiap hari, dan ambil vitamin, tapi kenapa masih bantut?”
Ini adalah situasi yang memerlukan pemeriksaan klinikal lebih mendalam keranat masalah kanak-kanak di malaysia semakin bantut tidak semestinya berpunca daripada diet semata-mata. Walaupun anak makan “nasi” dan “makanan sebenar” (real food), terdapat beberapa faktor medik tersembunyi yang boleh menghalang tumbesaran:
- Kualiti vs Kuantiti Protein: Nasi adalah karbohidrat. Untuk pertumbuhan tulang, anak memerlukan protein (seperti telur, daging dan ikan) dalam jumlah yang mencukupi setiap hari. Adakah nisbah protein dalam pinggan anak sudah memadai mengikut berat badannya?
- Masalah Penyerapan (Malabsorption): Ada kanak-kanak yang makan cukup, tetapi ususnya mempunyai masalah menyerap zat (contohnya akibat alahan gluten, jangkitan cacing, atau penyakit seliak). Nutrien “lalu” sahaja tanpa diserap ke dalam darah.
- Isu Hormon Pertumbuhan: Dalam kes jarang berlaku, badan anak mungkin mempunyai kekurangan Hormon Pertumbuhan (GHD) atau isu tiroid yang memerlukan rawatan pakar endokrin.
- Kualiti Tidur: Hormon pertumbuhan dirembeskan paling tinggi semasa tidur nyenyak (deep sleep). Jika rutin tidur anak terganggu, proses tumbesaran fizikal boleh terjejas walaupun makanannya sempurna.
Jika berat dan tinggi anak masih tidak berganjak selepas intervensi di rumah, kami sangat menyarankan pemeriksaan profil darah dan hormon di Klinik Ayra untuk mencari punca “biologi” di sebalik isu tersebut.
5. Adakah gaya hidup ibu bapa yang sibuk bekerja menjadi punca anak terbiasa dengan “makanan segera” dan akhirnya bantut?
Ya, ini adalah cabaran besar bagi keluarga bandar di Malaysia. Disebabkan kekangan masa dan tuntutan kerja, ramai ibu bapa cenderung menyediakan hidangan yang cepat dan ringkas seperti spageti, burger atau kentang goreng. Masalah timbul apabila anak-anak mula mengalami “stunting by habit”, di mana deria rasa mereka terbiasa dengan makanan diproses yang tinggi perisa tetapi rendah nutrisi (protein dan mikronutrien).Kesan jangka panjangnya:
- Penolakan “Real Food”: Apabila sekolah atau kantin menyediakan makanan berkhasiat (seperti sayur dan protein sebenar), anak-anak cenderung menolak kerana lidah sudah terbiasa dengan makanan segera di rumah.
- Defisit Nutrisi Kronik: Makanan ringkas selalunya tinggi karbohidrat tetapi gagal membekalkan zink dan zat besi yang cukup untuk pertumbuhan tulang panjang anak.
Konsultasi Diet Kanak-Kanak di Klinik Ayra
Isu kanak-kanak di Malaysia semakin bantut adalah peringatan buat kita semua bahawa kualiti diet pemakanan tidak boleh dikompromi. Ketinggian anak anda adalah cerminan kesihatan dalamannya. Dengan pemantauan awal di Klinik Ayra, anda mampu mengubah masa depan anak anda daripada statistik bantut kepada generasi yang tinggi, sihat dan pintar. Bertindaklah sekarang sebelum tingkap peluang 1,000 hari mereka tertutup.
Rujukan :
- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indikator Kesihatan, Malaysia, 2022, 28-September-2022. Akses : (https://www.dosm.gov.my/uploads/content-downloads/file_20220928154354.pdf)
- Utusan Malaysia, Kadar bantut kanak-kanak meningkat, 21-Februari-2026. Akses : (https://www.utusan.com.my/berita/2026/02/kadar-bantut-kanak-kanak-meningkat/)
- UNICEF Malaysia, The State of the World’s Children 2019: Children, Food and Nutrition, 15-Oktober-2019. Akses : (https://www.unicef.org/malaysia/reports/state-worlds-children-2019)
- WHO (World Health Organization), Stunting in a nutshell, 19-November-2015. Akses : (https://www.who.int/news/item/19-11-2015-stunting-in-a-nutshell)
- Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pemakanan Si Manja, 15-Ogos-2022. Akses : (https://hq.moh.gov.my/nutrition/pemakanan-si-manja/)
Disclaimer :
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad
Doctor of Medicine (MD), University Putra Malaysia
Wakil Malaysia untuk Asian Society of Fertility Preservation
Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad adalah doktor pakar kesuburan berdaftar dan sah dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dengan nombor pendaftaran penuh (No. 48056)



