Dalam dunia kesuburan moden, kaedah IVF untuk hamil menjadi harapan terbesar bagi ramai wanita yang sudah lama menunggu cahaya mata. Artikel ini akan menerangkan keseluruhan proses IVF dalam empat langkah mudah, lengkap dengan fakta klinikal, data kadar kejayaan dan panduan memilih pusat rawatan terbaik. 

Masih ramai wanita percaya bahawa IVF “bayi tak natural”, “berisiko tinggi”, “pasti kembar”, atau “rawatan orang kaya saja”. Ada juga yang takut prosesnya menyakitkan atau menganggap IVF hanya untuk wanita yang ‘gagal menjadi subur’. 

Semua ini tidak tepat dan kebanyakannya hanyalah salah faham sejak turun-temurun. Akibatnya, ramai wanita menunggu terlalu lama sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, menyebabkan usia menjadi penghalang utama kejayaan IVF. 

Jika anda sedang mencari rawatan paling efektif untuk hamil, panduan ini akan memberi kefahaman jelas dari sudut perubatan. 

“Persenyawaan In-Vitro (IVF) adalah salah satu rawatan paling berkesan untuk pasangan yang menghadapi ketidaksuburan, terutama apabila faktor usia atau masalah tiub fallopio menjadi penghalang.”
The American Society for Reproductive Medicine (ASRM)

Mengapa Pilih Kaedah IVF Untuk Hamil

Kaedah IVF selalu dipilih apabila rawatan seperti ubat kesuburan atau IUI tidak lagi memberikan hasil. IVF bukan lagi rawatan eksklusif seperti dahulu. Kaedah ini memberi peluang tertinggi untuk hamil kerana ia “memintas” halangan dalam tubuh, terutamanya masalah tiub fallopio, kualiti sperma rendah, atau gangguan ovulasi. Dalam makmal, persenyawaan berlaku dalam persekitaran terkawal dan doktor hanya memilih embrio paling sihat sebelum dipindahkan ke rahim.

Faktor Utama IVF

Kaedah IVF selalunya diperlukan apabila wujud salah satu keadaan berikut:

  • Tiub fallopio tersumbat
    Sperma dan sel telur tidak dapat bertemu, jadi IVF dilakukan untuk persenyawaan di luar badan.
  • Endometriosis teruk
    Menjejaskan kualiti telur atau implantasi embrio.
  • Faktor lelaki
    Sperma lemah, sedikit atau abnormal memerlukan teknik ICSI yang hanya boleh dilakukan dalam kaedah IVF.
  • Usia meningkat (35 ke atas)
    Kualiti telur menurun dan IVF memberi peluang lebih tinggi dengan pengumpulan lebih banyak telur.
  • Beberapa rawatan lain gagal
    Contohnya selepas 3–6 kitaran IUI tanpa hamil.

Siapa Yang Perlu Dapatkan IVF?

Kaedah IVF untuk hamil sesuai bagi:

  • Mengalami masalah tiub fallopio,
  • Tidak ovulasi dengan stabil,
  • Pasangan dengan masalah sperma serius,
  • Perlukan saringan genetik (PGT),
  • Pasangan yang TTC lebih 1 tahun tanpa hasil
  • Pasangan dengan sejarah keguguran berulang
  • Mereka yang gagal rawatan IUI

Proses Kaedah IVF Untuk Hamil

Kaedah IVF untuk hamil melibatkan empat fasa utama yang mudah difahami. Walaupun perjalanannya mungkin berbeza sedikit bagi setiap wanita, struktur terasnya tetap sama, memakan masa kira-kira 4 hingga 6 minggu untuk satu kitaran penuh.

Fasa 1: Super Ovulation

kaedah ivf untuk hamil Ini adalah fasa persediaan. Anda akan menerima suntikan hormon (biasanya selama 10–12 hari) untuk merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak sel telur (folikel) sekaligus, berbanding hanya satu folikel dalam kitaran semula jadi. Pemantauan ultrasound yang kerap dan ujian darah akan dilakukan untuk memastikan folikel matang pada kadar yang betul, mengelakkan sindrom Ovarian Hyperstimulation (OHSS). Fasa ini sangat penting untuk memastikan kualiti telur maksimum bagi kaedah IVF untuk hamil.

Fasa 2: Pengambilan Sel Telur

kaedah ivf untuk hamil Apabila folikel mencapai saiz optimum (matang), anda akan diberikan suntikan trigger (hCG). Selepas 34–36 jam, prosedur pengambilan sel telur akan dilakukan di bawah bius ringan (sedasi). Prosedur ini mengambil masa kira-kira 20–30 minit, di mana doktor akan menggunakan jarum nipis yang dipandu ultrasound untuk menyedut sel telur dari ovari. Pada hari yang sama, pasangan lelaki akan memberikan sampel sperma.

Fasa 3: Persenyawaan

kaedah ivf untuk hamil Sel telur yang matang akan disenyawakan dengan sperma di makmal (in-vitro). Dua kaedah persenyawaan utama digunakan: IVF Konvensional atau ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection), terutamanya jika terdapat faktor ketidaksuburan lelaki. Telur yang berjaya disenyawakan akan menjadi embrio dan dipantau di makmal selama 3 hingga 5 hari. Embrio yang mencapai peringkat Blastocyst (Hari ke-5) mempunyai peluang implantasi yang lebih tinggi, meningkatkan kelebihan kaedah IVF.

Fasa 4: Pemindahan Embrio

kaedah ivf untuk hamil Ini adalah langkah paling dinanti-nantikan. Embrio yang paling sihat akan dipilih dan dipindahkan ke dalam rahim anda menggunakan kateter nipis yang dipandu ultrasound. Prosedur ini biasanya tidak menyakitkan dan tidak memerlukan bius. Mana-mana embrio berkualiti tinggi yang tidak digunakan boleh dibekukan (cryopreservation) untuk kitaran akan datang. 

Selepas pemindahan, fasa menunggu selama dua minggu bermula. Ujian darah hCG (ujian kehamilan) akan dilakukan selepas dua minggu untuk mengesahkan sama ada kaedah IVF untuk hamil ini telah berjaya, dan melihat tanda IVF berjaya dikesan.

Kadar Kejayaan IVF Berbanding Rawatan Lain

Rawatan Kadar Kejayaan Anggaran (Setiap Kitaran) Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan
Persetubuhan Berjadual 3% – 5% Kesuburan pasangan, masa ovulasi tepat.
IUI (Intrauterine Insemination) 10% – 20% Kualiti sperma, tiub fallopio mesti terbuka.
IVF (In-Vitro Fertilization) 30% – 50% Usia Ibu, kualiti embrio, protokol rawatan yang disesuaikan.

Data di atas adalah purata bagi wanita di bawah usia 35 tahun.

Kaedah IVF memberikan peluang tertinggi kerana ia mengatasi banyak masalah struktur dan biologi yang tidak boleh diperbaiki melalui rawatan lain.

Kenapa Perlu Mula Rawatan pada Usia Muda?

Faktor usia ibu adalah faktor yang paling kritikal dalam menentukan kejayaan kaedah IVF untuk hamil. Data klinikal menunjukkan bahawa kualiti dan kuantiti telur wanita menurun secara mendadak selepas usia 35 tahun.

Jika anda telah mencuba lebih dari setahun (jika bawah 35 tahun) atau enam bulan (jika atas 35 tahun) tanpa hamil, jangan tunggu lagi.Lebih awal anda memulakan rawatan, lebih tinggi peluang kehamilan.

Usia Ibu Kadar Kejayaan IVF (Purata)
Bawah 35 Tahun 40% – 50%
35 – 37 Tahun 30% – 40%
40 Tahun ke Atas 10% – 20%

Tempoh Masa untuk Satu Kitaran IVF

1 kitaran IVF mengambil masa antara 4–6 minggu:

  • 2–4 minggu: Persediaan pra-rawatan
  • 10–12 hari: Stimulasi hormon
  • 3–5 hari: Pengambilan telur & pemindahan embrio
  • 14 hari: Menunggu keputusan

Pemilihan Pusat Rawatan IVF

Memilih pusat rawatan IVF adalah keputusan yang paling penting selepas anda memutuskan untuk menggunakan kaedah IVF untuk hamil. Anda perlu menilai:

  1. Kadar Kejayaan (Mengikut Usia): Minta data kejayaan terkini mereka, dipecahkan mengikut kategori usia.
  2. Kepakaran Makmal Embriologi: Kualiti makmal (tempat embrio dibentuk) adalah separuh daripada kejayaan IVF.
  3. Sokongan Emosi: Perjalanan IVF adalah emosional. Pusat yang baik menawarkan kaunseling dan sokongan.
  4. Ketelusan Kos: Pastikan tiada kos tersembunyi; ketahui anggaran kos IVF di Malaysia yang sebenar.

“Memulakan rawatan IVF pada usia yang sesuai adalah kritikal. Setiap tahun penangguhan akan menurunkan peluang kehamilan secara signifikan.”
Asia Pacific Initiative on Reproduction (ASPIRE)

Konsultasi IVF di Klinik Ayra

Jika anda sedang mempertimbangkan kaedah IVF untuk hamil, Klinik Ayra menawarkan pendekatan menyeluruh yang memfokuskan kejayaan jangka panjang. Rawatan IVF bukan hanya tentang peluang hamil, ia tentang kaedah terbaik untuk mencapai kehamilan selamat dan sihat.

Secara keseluruhan, kaedah IVF untuk hamil adalah rawatan paling berkesan bagi wanita yang menghadapi halangan biologi atau rawatan lain yang tidak berjaya. Dengan teknologi hari ini, peluang untuk melihat tanda kejayaan IVF adalah jauh lebih tinggi daripada 10 tahun lalu.

Setiap wanita berhak mendapatkan peluang terbaik untuk menjadi ibu tanpa stigma, tanpa rasa bersalah dan tanpa lewatkan masa.

Jika anda mahu rawatan yang telus, selamat, berkesan dan dengan doktor wanita, Klinik Ayra adalah pilihan anda. Kami bukan sekadar menyediakan rawatan, kami menjadi rakan yang menemani perjalanan anda hingga berjaya hamil.

Hubungi klinik Ayra hari ini untuk konsultasi kehamilan anda.

kaedah ivf untuk hamil

Rujukan:

Safety of IVF

https://www.asrm.org/advocacy-and-policy/fact-sheets-and-one-pagers/just-the-facts-the-safety-of-in-vitro-fertilization-ivf/ diakses pada 22 November 2025

Fertility & Reproduction

https://aspire-reproduction.org/fertility-reproduction-fr/ diakses pada 22 November 2025

Intrauterine Insemination

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/intrauterine-insemination/about/pac-20384722 diakses pada 22 November 2025

Success Rate

https://www.sart.org/patients/a-patients-guide-to-assisted-reproductive-technology/general-information/success-rates/ diakses pada 22 November 2025

Preparing for IVF

https://www.sart.org/patients/fyi-videos/preparing-for-in-vitro-fertilization-ivf-lifestyle-factors/ diakses pada 22 November 2025

 

Disclaimer : 

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh : 

Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad 

Doctor of Medicine (MD), University Putra Malaysia

Wakil Malaysia untuk Asian Society of Fertility Preservation

Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad adalah doktor pakar kesuburan berdaftar dan sah dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dengan nombor pendaftaran penuh (No. 48056)