Punca Sukar Hamil Dari Lelaki
Penurunan Kadar Kesuburan
Risiko Keguguran Selepas 40 Tahun
Risiko Sukar Hamil Dari Obesiti
Di Klinik Ayra, kami faham jika anda ada stigma dan perasaan seperti di bawah.
Anda bukan mandul & sebenarnya masih subur. Hanya ada halangan teknikal sahaja. IVF selesaikannya.
Rawatan IVF hanya bantu proses persenyewaan. Bukan ubah gen, DNA atau sifat anak anda.
Pakar agama sahkan IVF dibenarkan jika guna sperma & telur pasangan yang sah ke dalam embrio isteri.
IVF ialah rawatan perubatan moden & saintifik dan bukan hak milik eksklusif satu golongan sahaja.
IVF bantu anda hamil secara semulajadi dengan bantuan saintifik selepas cara lain tidak berjaya.
01
IVF menyatukan telur & sperma di luar badan tanpa perlu tiub. Sesuai jika telur dan sperma tidak berjumpa secara alami.
02
iIVF atau IVF+ ICSI terbukti membantu sperma jumpa telur walaupun kuantiti sperma sikit atau sperma kurang normal.
03
Majoriti wanita selepas 35 tahun sukar hamil. IVF mempercepatkan peluang hamil sebelum kualiti telur terus menurun.
04








IVF (In Vitro Fertilisation) ialah rawatan kesuburan di mana telur wanita dan sperma lelaki disatukan di makmal, kemudian embrio dimasukkan ke dalam rahim untuk membantu kehamilan.
Ringkasnya, doktor bantu pertemukan telur dan sperma anda & pasangan.
1. Rangsang & ambil telur
Wanita diberi suntikan hormon supaya telur matang.
Telur kemudian diambil oleh doktor.
2. Ambil sperma
Sperma suami dikumpul pada hari sama.
3. Persenyawaan di makmal
Telur dan sperma disatukan di makmal
sehingga menjadi embrio.
4. Masukkan embrio ke rahim
Embrio terbaik dimasukkan ke rahim
untuk membantu kehamilan.
Peluang kehamilan menerusi kaedah ini adalah secara purata 15% – 50% mengikut usia.
Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad
MD, UPM & BCh UKM
Sub Specialty (Reproductive Medicine)
MMC 48056
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam ikhtiar kehamilan di Malaysia.

100% doktor & staf wanita yang faham masalah anda. Aurat terpelihara, rawatan lebih tenang & meyakinkan.

Misi ikhtiar hamil anda lebih terjamin kerana anda akan dibantu pakar reproduksi terbaik di Malaysia.

Anda dapat rawatan kesuburan, ikhtiar hamil, sakit puan, ibu dan anak dalam satu klinik yang sama!

Kami wujudkan ruangan kanak-kanak beserta permainan untuk anak-anak anda bermain sewaktu rawatan!
Lokasi klinik kami. Klik Google Maps di bawah.
Risiko itu ada untuk wanita yang telurnya terlalu banyak (seperti PCOS), tapi doktor kami pantau ketat.
Jika risiko tinggi, kami takkan transfer terus, kami bekukan dulu (Freeze All) untuk keselamatan ibu.
Di Klinik Ayra, kami amalkan “Transparent Pricing”.
Kos selalunya terbahagi kepada: Ubat, Prosedur Makmal, dan Transfer. Kami akan beri quotation penuh sebelum mula.
Ya, perlu suntikan stimulasi selama 10-12 hari.
Tapi jarumnya sangat halus (seperti pen insulin). Ramai pesakit kami terkejut kerana ia tak sesakit yang disangka. Nurse kami akan ajar sampai pandai.
Ya, embrio berkualiti boleh dibekukan (Frozen Embryo Transfer).
Jika rezeki anak pertama dah besar, boleh datang balik guna embrio yang sama tanpa perlu cucuk-cucuk lagi.
Di Malaysia, pemilihan jantina hanya dibenarkan untuk tujuan menolak penyakit genetik (medical reasons), bukan untuk sosial semata-mata, selaras dengan garis panduan MMC.
Peluang masih ada, tetapi kualiti telur menurun.
Kami akan buat ujian AMH dulu untuk beri jangkaan realistik atau cadangkan saringan kromosom.
Boleh, tiada masalah.
Solat duduk jika rasa lebih yakin, tapi pergerakan solat tidak akan menggugurkan embrio.
Anda akan dibius penuh (sedation).
Tidur sekejap 20 minit, bangun-bangun semua dah selesai tanpa rasa sakit semasa prosedur.
Lebih kurang 1 bulan hingga 1.5 bulan untuk satu kitaran penuh (Fresh Cycle).
Jika anda ada simpanan embrio beku (Frozen Embryo), kosnya jauh lebih murah (hanya kos transfer) berbanding buat semula dari awal.