Punca Sukar Hamil Dari Lelaki
Penurunan Kadar Kesuburan
Risiko Keguguran Selepas 40 Tahun
Risiko Sukar Hamil Dari Obesiti
Di Klinik Ayra, kami faham jika anda ada stigma dan perasaan seperti di bawah.
Anda tidak keseorangan kali ini. Doktor pakar akan bantu anda 100% sepanjang sesi rawatan ICSI.
Anda dapat rawatan terkini berteknologi tinggi dengan minimum kesakitan dengan ICSI.
Rawatan ICSI ini mengikut kesesuaian dan kondisi kesuburan anda untuk mengandung dengan betul.
Jenis rawatan, ubat dan teknologi yang anda dapat sebenarnya berbaloi dengan hasilnya kelak.
ICSI hanya perlukan satu sperma terbaik untuk disuntik ke dalam telur. Memintas keperluan sperma berenang & menembusi telur secara semula jadi.
01
ICSI menghapuskan risiko kegagalan persenyawaan, terutamanya jika punca kegagalan sebelum ini tidak jelas.
02
Setiap telur sangat bernilai. ICSI memaksimumkan peluang persenyawaan setiap telur, mengurangkan pembaziran telur yang gagal disenyawakan.
03
ICSI memintas masalah mikro yang tidak dapat dikesan melalui ujian biasa, seperti kegagalan interaksi sperma & telur di peringkat sel.
04








ICSI ialah rawatan kesuburan di mana satu sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal, kemudian embrio dimasukkan ke rahim untuk membantu kehamilan.
Ringkasnya, doktor pakar bantu sperma masuk ke dalam telur.
1. Rangsang & ambil telur
Wanita diberi suntikan hormon supaya telur matang, kemudian telur diambil oleh doktor.
2. Ambil & pilih sperma
Sperma suami dikumpul dan dipilih yang paling sihat.
3. Suntik sperma ke dalam telur (ICSI)
Satu sperma disuntik terus ke dalam setiap telur menggunakan mikroskop khas.
4. Masukkan embrio ke rahim
Telur yang berjaya disenyawakan jadi embrio dan dimasukkan ke rahim.
Peluang kehamilan menerusi kaedah ini adalah secara purata 60% – 70%.
Prof Madya Dr. Mohd Faizal bin Ahmad
MD, UPM & BCh UKM
Sub Specialty (Reproductive Medicine)
MMC 48056
Berpengalaman lebih 15 tahun dalam ikhtiar kehamilan di Malaysia.

100% doktor & staf wanita yang faham masalah anda. Aurat terpelihara, rawatan lebih tenang & meyakinkan.

Misi ikhtiar hamil anda lebih terjamin kerana anda akan dibantu pakar reproduksi terbaik di Malaysia.

Anda dapat rawatan kesuburan, ikhtiar hamil, sakit puan, ibu dan anak dalam satu klinik yang sama!

Kami wujudkan ruangan kanak-kanak beserta permainan untuk anak-anak anda bermain sewaktu rawatan!
Lokasi klinik kami. Klik Google Maps di bawah.
Sangat sesuai. Bila telur sikit, kita tak boleh ambil risiko persenyawaan gagal. ICSI memastikan setiap telur yang ada digunakan sebaik mungkin.
Masih ada harapan.
Doktor Urologi boleh buat prosedur TESA/PESA (ambil benih terus dari kilang testis) untuk digunakan dalam ICSI.
Doktor akan kaji kenapa gagal (adakah isu kualiti telur atau DNA sperma).
Mungkin perlu teknologi tambahan seperti Sperm DNA Fragmentation test atau PGT-A pada embrio.
Kosnya sedikit tinggi kerana melibatkan teknologi mikromanipulasi yang rumit dan kepakaran embriologis, tapi perbezaannya berbaloi untuk kes sperma kritikal.
IVF biasa, kami letak sperma dan telur dalam piring, biar mereka bersenyawa sendiri.
ICSI, embriologis kami “suntik” satu sperma terbaik terus ke dalam telur. Ini adalah teknik “Super-IVF”.
Kami sangat galakkan ambil suplemen antioksidan 3 bulan sebelum prosedur untuk naikkan kualiti DNA sperma supaya kadar kejayaan lebih tinggi.
Tidak.
Bagi pihak isteri, prosesnya 100% sama dengan IVF (cucuk, pickup, transfer). Yang berbeza hanya kerja makmal di belakang tabir.
Kadar persenyawaan (fertilization rate) dengan ICSI sangat tinggi, sekitar 70-80%, walaupun sperma suami sangat lemah.
Ya, kajian sedunia selama berdekad membuktikan bayi ICSI membesar sihat, sama fizikal dan mentalnya seperti bayi yang lahir normal.
Ya, inilah fungsi utama ICSI. Kami pilih sperma yang bentuknya paling normal di bawah mikroskop berkuasa tinggi untuk disuntik.